Sejarah Penubuhan

  • Di daftarkan sebagai Maahad Tahfiz Al Hidayah (MATAH) di bawah kelolaan Yayasan Al Hidayah.
  • Penubuhan MATAH adalah hasil cetusan idea Tuan Haji Lokman Abd Hamid dan saudara Ashraf Muslim. Tujuannya adalah untuk melahirkan lebih ramai ahli masyarakat Islam yang mampu menguasai ilmu Al-Quran.
  • Ianya merupakan ilham dan kesinambungan daripada perubatan berdasarkan Al-Quran yang di asaskan oleh Tuan Hj Lokman.
  • Mula beroperasi di Premis sementara di SumSum Valley, Janda Baik, Bentong, Pahang dengan kapasiti pelajar 60 orang bagi pengambilan pertama Januari 2013.
  • Pembinaan premis rasmi MATAH akan bermula pada tahun 2013 dan dijangka siap pada akhir tahun 2014. Lokasi pembinaan di tapak seluas empat ekar di PT 626, Ulu Ceringing, Janda Baik, Pahang.
  • Dua ekar daripada tapak tanah ini di beli hasil dari sumbangan kutipan derma dari pesakit-pesakit di Pusat Rawatan Al Hidayah dan dua ekar lagi adalah tanah wakaf.
  • Premis rasmi ini berkapasiti menampung seramai 250 hingga 300 pelajar apabila siap di bina kelak.
  • MATAH menawarkan matapelajaran agama dan akademik menggunakan sukatan  pelajaran dari Darul Quran Wal Hadis (DaQwaH) kelolaan Yayasan Sofa  dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.
You are here: Utama Info MATAH Sejarah Penubuhan